Random Thoughts
July 7 at 12:09am
Sayang seribu kali sayang,
kalau hidup hanya sibuk menegakkan tiang,
tanpa mempedulikan pintu, bumbung dan ambin,
abis tu sibuk pulak nak jaga tiang orang lain.
Sedarilah empunya diri yang daif,
jangan berlagak seperti seorang yang arif,
mengherdik mencela sesama manusia,
sesungguhnya hanya Tuhan mengenal tenteraNya.
Pantun di atas ditujukan kepada mereka-mereka yang merasakan diri dan sifat keagamaan mereka cukup dan sempurna, serta fahaman merekalah yang benar sebenar-benarnya, sedangkan yang lain semuanya bergelumang dalam dosa dan maksiat. Mereka berlagak seperti wakil yang telah diutus Tuhan untuk membetulkan manusia. Disebabkan khayalan (delusion) tersebut, mereka tak sedar akan perbuatan dan perbualan mereka yang penuh angkuh dan biadab, yang sering kali lebih membuat orang lain menjauhi dan membenci agama. Sifat dan pemikiran puritan sebegini hanya mementingkan aspek-aspek ritus dan formalitas dalam agama, yang mana akan hilang maknanya jika tujuannya yang hakiki, yaitu kedekatan kepada Tuhan serta kebaikan kepada sesama manusia, tidak dipedulikan sama sekali. Mereka lupa akan firman Tuhan, yang menyatakan: “Ingatlah, bahwa manusia itu pasti bertindak tiranik, kerana ia melihat dirinya serba berkecukupan.” (al-’Alaq, 96:6-7).
June 8 at 12:35am
Raising a family based on religious values and principles is certainly a commendable endeavour. The problem is when such an endeavour is driven by arrogance and self-righteousness, fuelled by dogmatism and bigotry. Far from Godliness, it breeds hatred and intolerance, annihilating compassion, mercy and empathy within the family structure itself…